Tak ada makna pembangunan hebat tapi rumah rakyat masih robek | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Norway

Wartawan

Nazli Ibrahim

Tak ada makna pembangunan hebat tapi rumah rakyat masih robek

OLEH NAZLI IBRAHIM

PUCHONG, 17 FEB: Pembangunan yang rancak tidak memberi apa-apa makna sekiranya masih ramai rakyat terpaksa menghuni di dalam rumah yang daif.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Kerajaan Pakatan Harapan (PAKATAN) akan berusaha memulihkan ekonomi dan menyediakan rumah mampu milik demi kesejahteraan rakyat.


“Tak ada makna negara mencapai pembangunan yang tinggi tetapi rumah-rumah di kampung robek,” katanya ketika merasmikan Majlis Pelancaran Dasar Komuniti Negara di Padang Awam Majlis Perbandaran Subang Jaya di Taman Puchong Indah di sini, hari ini.

Dr Mahathir turut diiringi isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali.

Hadir sama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin, Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari dan beberapa menteri kabinet.

Dr Mahathir berkata, selain kediaman selesa, rakyat juga perlu hidup dalam komuniti yang sihat.

Katanya, menubuhkan kelab atau persatuan penduduk merupakan satu langkah positif bagi melahirkan sebuah komuniti yang sihat.

“Mengaktifkan kelab untuk sesuatu kawasan satu langkah baik supaya mereka dapat berjumpa sesama mereka.

“Selain itu perlu ada pendidikan yang mampu diadakan dalam kawasan supaya penduduk terdiri daripada mereka yang cekap dan mempunyai kebolehan yang boleh disumbangkan kepada komuniti mereka,” katanya.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next