GLOBAL

Tentera Laut Mexico rampas kokain 630 kilogram

MEXICO, 21 FEB: Tentera Laut Mexico merampas 630 kilogram kokain yang disembunyikan dalam sebuah bot kecil, di pantai barat laut Sinaloa dan menahan 15 individu di dalam bot terbabit.

Dalam satu kenyataan semalam, Tentera Laut Mexico berkata, rampasan dibuat selepas pesawat tentera laut mengesan sebuat bot yang mencurigakan, pada 18 Februari lalu, lapor agensi berita Xinhua.

Antara yang ditangkap ialah lapan warga Ecuador, empat Colombia dan tiga rakyat Mexico.

Pihak berkuasa mengatakan kokain dari kartel dadah di Amerika Selatan itu dipercayai untuk dihantar ke Amerika Syarikat.

– BERNAMA

 


Pengarang :