GLOBALSUKANKINI

UCL: Ateltico Madrid buat Juventus gigit jari

OLEH AFIX REDZUAN

GLOBAL, 21 FEB: Atletico Madrid mencipta kemenangan selesa menewaskan Juventus 2-0 di Stadium Wanda Metropolitano pada aksi peringkat 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi tadi.

Tanpa jaringan sehingga 75 minit permainan, Jose Gimenez akhirnya memecah kebuntuan jaringan pada minit ke-78 selepas merembat masuk bola dalam satu situasi kelam kabut di hadapan gawang Juventus.

Belum sempat Juventus kembali menyusun permainan, Diego Godin menjadikan kedudukan 2-0 buat Atletico pada minit ke-85 selepas berjaya merembat masuk bola sepakan percuma Antoine Griezmann yang gagal dikeluarkan pertahanan lawan.

Cristiano Ronaldo menggerakkan dua percubaan bahaya di penghujung permainan dalam usaha mencari gol tempat lawan buat Juventus tetapi gagal menewaskan ketangkasan Jan Oblak.

 

Kredit Foto: UEFA Champions League


Pengarang :