GLOBALSUKANKINI

UCL: Man City bangkit tewaskan Schalke 04

OLEH AFIX REDZUAN

GLOBAL, 21 FEB: Manchester City membawa kelebihan tiga gol di tempat lawan selepas menewaskan Schalke 04 2-3 pada peringkat 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara Eropah (UCL) yang berlangsung di Veltins-Arena.

Sergio Aguero memberikan kelebihan kepada pasukan pelawat seawal minit ke-18 dengan gol pendahuluan apabila menolak mudah bola ke gawang Schalke selepas menerima tolakan daripada David Silva.

Selang 20 minit kemudian, Schalke akhirnya berjaya menyamakan kedudukan 1-1 hasil sepakan penalti Nabil Bentaleb, selepas pengadil mendapati bola terkena tangan pertahanan City, Nicolas Otamendi ketika cuba menghalang rembatan Daniel Caliguiri menerusi hasil ulang tayang VAR.

Schalke terus di hadapan 2-1 sebelum babak pertama berakhir apabila Nabil Bentaleb sekali lagi menewaskan Ederson menerusi sepakan penalti selepas pengadil mendapati Fernandinho menarik Salif Sane.

Skuad kendalian Pep Guardiola akhirnya berjaya menyamakan kedudukan 2-2 hasil sepakan percuma cantik Leroy Sane pada minit ke-85 sebelum Raheem Sterling memastikan bekalan selesa buat The Citizen apabila berjaya menolak bola masuk pada minit ke-90 bagi kedudukan 2-3.

 

Kredit Foto: UEFA Champions League


Pengarang :