64 pasukan berentap di Kejohanan Boling Padang Bayuemas 2019 | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Norway

Wartawan

Zaim Badrul Hisham

64 pasukan berentap di Kejohanan Boling Padang Bayuemas 2019

OLEH ZAIM BADRUL HISHAM

KLANG, 31 MAC: Sebanyak 64 pasukan dari seluruh Malaysia termasuk Brunei dan Filipina berentap dalam Kejohanan Boling Padang Bayuemas Open Fours 2019, bermula 28 Mac hingga hari ini.

Pertandingan yang julung kali diadakan di Selangor itu merupakan anjuran bersama Majlis Perbandaran Klang (MPK), Kompleks Sukan Bayuemas, Sime Darby Property dan Persatuan Boling Padang Selangor.


Pengurus Besar Sime Darby Covention Centre, Kamarul Zaman Shariffudin berkata, objektif utama kejohanan itu adalah mengangkat sukan berkenaan supaya lebih dikenali masyarakat.

“Sukan ini sebenarnya menarik dan ramai tidak tahu. Kita juga ada stadium yang cantik dan baik, jadi kita mahu ia lebih terkenal.

“Baru-baru ini masa pendaftaran, hanya dalam masa 24 jam penyertaan sudah penuh dan pasukan daripada Hong Kong tidak dapat sertai. Ini bukti boling padang sudah dapat tempat di peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Kejohanan Boling Padang Bayuemas Open Fours 2019, di Stadium Tertutup Boling Padang Bayuemas, di sini.

Sementara itu, Setiausaha MPK, Adi Faizal Ahmad Tarmizi berkata, pihaknya tidak menyangka kejohanan terbabit mendapat sambutan memberangsangkan.

Katanya, pertandingan itu bakal dijadikan acara tahunan dan dimasukkan dalam jadual MPK.

Kejohanan terbabit menyediakan lebih RM13,000 hadiah keseluruhan berserta trofi dan medal kepada pemenang.

Johan pertandingan itu dimenangi opasukan Perak A diikuti naib johan oleh pasukan Bayuemas A, manakala Derma’s Corner Bowls Club A mendapat tempat ketiga.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next