Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama

KUALA LUMPUR, 31 MAC: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat 7.30 malam ini, susulan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas tamat musim cuti sekolah.

Menurut jurucakap PLUS Malaysia Berhad, aliran trafik di bahagian selatan dilaporkan perlahan dari Simpang Ampat menuju ke arah Pedas Linggi hingga ke Port Dickson, Ayer Hitam ke Machap dan Sedenak ke Senai.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah dilapor lancar setakat ini.


“Aliran trafik hanya perlahan dari Genting Sempah menuju ke Plaza Tol Gombak sejauh 25 kilometer,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini melalui talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. -BERNAMA

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next