PBTSELANGOR

Beberapa jalan ditutup sempena Hari Tanpa Kenderaan

OLEH UMIRAH IZRIN MOHAMAD SAID

SHAH ALAM, 29 MAC: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menutup sebahagian jalan bermula 6.30 hingga 9.30 pagi, bagi kelancaran program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan, pada 14 April ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, jalan terbabit adalah Persiaran Bandaraya (Dataran Kemerdekaan), Persiaran Perbandaran, Persiaran Tasik, Persiaran Masjid, Persiaran Dato’ Menteri dan Persiaran Damai.

“Program ini akan bermula di Dataran Kemerdekaan bertujuan untuk menggalakkan gaya
hidup sihat dalam kalangan warga kota Shah Alam.

“Pihak Majlis juga memohon supaya pengguna jalan raya memberikan kerjasama dan menggunakan jalan alternatif untuk ke destinasi dituju,” katanya dalam kenyataan.

 


Pengarang :