EKONOMINASIONAL

Bursa Malaysia dibuka rendah

KUALA LUMPUR, 4 MAC: Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini walaupun Wall Street mencatat prestasi semalaman yang lebih tinggi.

Pada jam 9.01 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 10.70 mata kepada 1,690.06, daripada 1,700.76 yang direkodkan sewaktu pasaran ditutup pada Jumaat.

Indeks penanda aras itu dibuka turun 12.54 mata kepada 1,688.22.

Mengulas perkembangan itu, Kenanga Research House berkata, bursa tempatan berkemungkinan menyaksikan dagangan lebih suram sepanjang minggu ini jika tiada sebarang pemangkin domestik baharu selain sentimen global yang tidak menentu.

“Petunjuk utama momentum utama turut merosot yang menjejaskan lagi prestasi pasaran itu.

“Sekiranya perkembangan rundingan perdagangan (Amerika Syarikat-China) berakhir negatif, ini akan menyaksikan paras sokongan turun kepada sekitar 1,650 dan 1,630 serta lebih rendah,” kata firma penyelidikan itu dalam satu nota, hari ini.

Selain itu, bursa peringkat serantau juga berharap untuk mencatat peningkatan selepas Amerika Syarikat (AS) melaporkan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik daripada dijangkakan.

Di peringkat tempatan, kedua-dua kaunter rugi dan kaunter berada pada 104 manakala 182 kaunter tidak berubah, 1,479 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 97.96 juta saham bernilai RM53.81 juta.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank naik dua sen kepada RM9.55, Public Bank susut lapan sen kepada RM24.94, Tenaga turun 12 sen kepada RM12.96 manakala IHH tidak berubah pada RM5.79.

Bagi saham aktif, Sapura Energy, Bumi Armada dan Perdana Petroleum masing-masing tidak berubah pada 31.45 sen, 17.5 sen dan 29.5 sen manakala VS Industry susut satu sen kepada RM1.08.

Indeks FBM Emas turun 64.02 mata kepada 11,734.10, Indeks FBM Emas Shariah merosot 82.09 mata kepada 11,643.07 dan FBMT 100 kehilangan 68.96 mata kepada 11,594.99.

Indeks FBM Ace naik 15.75 mata kepada 4,666.01 dan FBM 70 turun 64.24 mata kepada 13,389.65.

Mengikut sektor pula, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 58.10 mata kepada 17,671.36, Indeks Perladangan berkurangan 5.28 mata kepada 7,268.66 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri turun 1.36 mata kepada 167.01.

SUMBER: BERNAMA


Pengarang :