EKONOMINASIONAL

Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini

KUALA LUMPUR, 11 MAC: Saham di Bursa Malaysia dibuka rendah, hari ini ekoran kebimbangan berkenaan pertumbuhan global yang perlahan.

Public Investment Bank Bhd dalam nota berkata data pekerjaan AS yang tidak menepati unjurannya, menambah kepada trend data ekonomi global yang lemah dan kebimbangan mengenai impak daripada perang perdagangan AS-China.

Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.56 mata kepada 1,679.34 daripada 1,679.90 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Indeks dibuka tinggi 0.24 mata kepada 1,680.14.

Di pasaran lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 124 berbanding 95, manakala 188 kaunter kekal tidak berubah, 1,497 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 114.73 juta saham bernilai RM65.75 juta.

Nota penyelidikan itu turut menyatakan saham global mencatatkan penurunan mingguan yang terbesar sejak awal Disember.

Pada Jumaat, saham AS merosot selepas senarai gaji bukan ladang meningkat hanya 20,000 jawatan pada Februari, kurang daripada unjuran sebanyak 180,000.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank, PChem dan IHH, masing-masing tidak berubah pada RM9.53, RM9.25 dan RM5.88, PBBank susut dua sen kepada RM24.48, Tenaga berkurangan enam sen kepada RM12.64, bagaimanapun CIMB naik dua sen kepada RM5.41.

Daripada saham aktif, IFCAMSC meningkat 2.5 sen kepada 46.5 sen, Dayang menambah 11 sen kepada RM1.69, EconBhd naik 2.5 sen kepada 50 sen, GKent menokok empat sen kepada RM1.24 manakala Hibiscs turun dua sen kepada RM1.01.

Indeks FBM Emas merosot 1.38 mata kepada 11,737.85, FBMT 100 susut 4.05 mata kepada 11,586.43 dan FBM 70 jatuh 5.61 mata kepada 14,156.17, Indeks FBM Emas turun 2.80 mata kepada 11,735.02.

Bagaimanapun, Indeks FBM Ace naik 13.85 mata kepada 4,704.18.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan susut 4.46 mata kepada 7,259.68, bagaimanapun, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 13.04 mata kepada 17,505.44, dan Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 1.0 mata kepada 169.54. -BERNAMA


Pengarang :