EKONOMINASIONAL

Bursa Malaysia dibuka tinggi susulan belian semasa harga rendah

KUALA LUMPUR, 21 MAC: Bursa Malaysia pulih daripada kerugian semalam apabila dibuka tinggi pagi ini susulan belian semasa harga rendah.

Pada jam 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.24 mata kepada 1,688.45 berbanding 1,684.21 pada penutupan Rabu.

Indeks dibuka 3.43 mata lebih kukuh pada 1,687.64.

Berdasarkan kedudukan pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 142 berbanding 59, manakala 194 kaunter tidak berubah, 1,497 tidak didagangkan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 194.29 juta saham bernilai RM48.37 juta.

Seorang peniaga berkata, bursa tempatan didagangkan dalam aliran menurun sejak Selasa, mendorong beberapa peserta pasaran untuk mengumpul saham berkualiti pada harga yang lebih rendah.

Sementara itu, beliau berkata, prestasi Bursa yang sejajar dengan kebanyakan bursa serantau, juga memberi reaksi positif terhadap pendirian monetari Fed selepas pengerusinya Jerome Powell berkata, kadar faedah boleh bertahan untuk beberapa ketika memandangkan risiko global menjejaskan unjuran ekonomi manakala inflasi tidak berubah.

Berdasarkan prestasi serantau, Indeks Straits Times Singapura melonjak 0.22 peratus kepada 3,214.71, Nikkei Jepun naik 0.20 peratus kepada 21,608.92 manakala Indeks Hang Seng Hong Kong menokok 0.23 peratus kepada 29,387.75.

Bag saham wajaran tinggi, Tenaga menambah dua sen kepada RM13.04, Petronas Chemicals menokok enam sen kepada RM9.20, CIMB menambah tiga sen kepada RM5.42 manakala Maybank tidak berubah pada RM9.47 dan Public Bank turun empat sen kepada RM24.42.

Antara kaunter paling aktif, Dynaciate dan Perdana Petroleum masing-masing naik setengah sen kepada 10 sen dan 43.5 sen, Hibiscus menokok dua sen kepada RM1.05 manakala Metronic Global susut setengah sen kepada 8.5 sen dan warannya turun dua sen kepada satu sen.

BAT mendahului senarai kaunter untung apabila menambah 16 sen kepada RM34.76 manakala UMW merupakan kaunter paling rugi abila sahamnya menyusut 13 sen kepada RM5.66.

Indeks FBM Emas meningkat 27.97 mata kepada 11,788.23, Indeks FBMT 100 naik 28.02 mata kepada 11,642.06, Indeks FBM Emas Syariah menambah 37.50 mata kepada 11,825.79 manakala FBM 70 meningkat 29.20 mata kepada 14,194.75.

Indeks FBM Ace bagaimanapun susut 3.51 mata kepada 4,797.39.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 31.93 mata kepada 17,476.56, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambaha 0.54 mata kepada 170.49 dan Indeks Perladangan meningkat 17.35 mata pada 7,321.49.

SUMBER: BERNAMA


Pengarang :