DUN Sungai Tua anjur Kejohanan Karate Do Goju Kai | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Norway

Wartawan

Zaim Badrul Hisham

DUN Sungai Tua anjur Kejohanan Karate Do Goju Kai

OLEH ZAIM BADRUL HISHAM

BATU CAVES, 5 MAC: Persatuan Karate Do Goju Kai Gombak dengan kerjasama Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua buat julung kalinya menganjurkan Kejohanan karate Do Goju Kai Piala DUN Sungai Tua, Sabtu lalu.

Presidennya, Selvanathan Vythilingam berkata, kejohanan itu bertujuan mencungkil dan memperkembangkan bakat baru dalam kalangan belia bagi sukan karate.


“Altet berkelayakan mewakili karate Do Goju Kai Malaysia ke Kejohanan Karate Do Kai Asia Pasific pada 28 September 2019 di Manila,” katanya dalam kenyataan.

Kejohanan yang berlangsung di Dewan SJK(T) Batu Caves itu dirasmikan oleh Setiausaha Politik Kawasan DUN Sungai Tua, A Rahim Ahmad Kasdi, mewakili Dato Menteri Besar, Amirudin Shari.

Kejohahan itu disertai lebih 130 peserta dan dihadiri lebih 200 ibu bapa.

Sementara itu, A Rahim berkata, sukan karate adalah landasan dalam membina jati diti dan displin yang tinggi sekali gus memupuk sikap setia kawan serta perpaduan antara kaum diperingkat nasional.

“Saya juga mencadangkan agar pertandingan karate ini dijadikan acara dwi tahunan berskala besar dengan penglibatan agensi kerajaan pada masa akan datang,” katanya.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next