e-Daftar: Kenderaan wajib guna nombor siri VTA sah | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

e-Daftar: Kenderaan wajib guna nombor siri VTA sah

KUALA LUMPUR, 29 MAC: Bermula 1 April ini, proses pendaftaran kenderaan motor melalui sistem e-Daftar wajib menggunakan nombor siri Sijil Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) yang sah daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

JPJ dalam kenyataan memaklumkan, setiap pengeluar kenderaan dan pihak berkenaan perlu mematuhi ketetapan itu bagi mengelakkan sebarang kesukaran atau sekatan terhadap proses pendaftaran kereta masing-masing.

“Pengeluar kenderaan hendaklah memastikan mereka mempunyai medan data berkaitan nombor siri sijil VTA di dalam sistem e-Daftar masing-masing sebelum 31 Mac ini seperti spesifikasi ditetapkan JPJ.


“JPJ menguat kuasakan perkara ini bagi memastikan setiap kenderaan motor yang akan didaftarkan serta dilesenkan mempunyai kelulusan VTA sah selain sebagai instrumen kawalan dan sekatan terhadap mana-mana pihak yang ingkar mendapatkan kelulusan daripada JPJ,” katanya.

VTA adalah proses mandatori terhadap kenderaan model baharu sebelum dibenar untuk didaftarkan dan dilesenkan JPJ.

Proses VTA itu dikuat kuasakan bagi memastikan setiap model baharu kenderaan terbabit mematuhi ciri-ciri pembinaan dan spesifikasi seperti ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah di bawahnya.

Sehubungan itu, JPJ menasihatkan semua pengeluar kenderaan mengambil tindakan sewajarnya dan memastikan sistem e-Daftar masing-masing berfungsi dengan baik bagi mengelakkan sebarang masalah semasa proses pendaftaran kenderaan. -BERNAMA

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next