PUTRAJAYA, 7 Mac — Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo (dua, kiri) melawat ruang pameran pada Pertandingan Akhir Parcel Drone di Kompleks Sukan Air Presint 6, hari ini. Pertandingan Parcel Drone anjuran Pos Malaysia dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) adalah yang pertama dianjurkan melibatkan penyertaan 40 pasukan yang bermula semalam. –fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA
NASIONAL

Fokus kawasan luar bandar bagi pengunaan dron

OLEH ZAIM BADRUL HISHAM

PUTRAJAYA, 7 MAC: Penerokaan teknologi dron dalam segmen penghantaran bungkusan perlu memberi fokus kepada kawasan luar bandar dan pendalaman, kata pemenang tempat pertama Pertandingan Parcel Drone 2019, Ahmad Nazri.

Ketua Jurutera pasukan System Consultancy Services Sdn Bhd itu berkata, teknologi terbabit lebih diperlukan di kawasan sukar akses seperti pulau di Sabah dan Sarawak.

“Kita lihat pulau kecil sebelah Sabah dan Sarawak sebelum ni kalau nak hantar barang perlu naik sampan atau bot.

“Tapi kalau kita boleh guna dron, cukup dari tengah laut, kita lancarkan dron dan pergi ke satu tempat mendarat yang sesuai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada SelangorKini ketika ditemui di Pertandingan Parcel Drone 2019 anjuran POS Malaysia Berhad (Pos Malaysia) di Kompleks Sukan Air, Presint 6 Putrajaya, di sini.

Pada masa sama, beliau berkata, pertandingan itu adalah suatu inisaitif baik sesuai dengan perkembangan teknologi semasa.

Pasukan System Consultancy Services Sdn Bhd memperoleh RM25,000 berserta trofi sebagai hadiah tempat pertama.

Manakala, tempat kedua dimenangi Ridwan Safar dan diikuti tempat ketiga, HAAS Solutions Sdn Bhd.

Turut hadir, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang.


Pengarang :