Gangguan elektrik jejas bekalan air di 59 kawasan | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Gangguan elektrik jejas bekalan air di 59 kawasan

SHAH ALAM, 19 MAC: Bekalan air di 59 kawasan di wilayah Petaling, Hulu Langat dan Sepang terjejas akibat ganguan bekalan elektrik menyebabkan beberapa rumah pam di kawasan sekitar Seri Kembangan, terhenti operasi lewat petang semalam.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Abdul Raof Ahmad berkata, proses baik pulih sedang dijalankan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi memastikan keadaan kembali seperti sedia kala.

Susulan insiden itu, beberapa kawasan dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual dan syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) akan mengambil tindakan perlu bagi mempercepatkan proses pemulihan, katanya, dalam kenyataan di sini.


Wilayah Petaling merupakan kawasan paling teruk terjejas iaitu Apartment Bayu, Serdang Lama, Apartment Megaria, Serdang Perdana, SP 1-5, Apartment Taman Universiti Indah, Serdang Raya, SR 1-8, Bandar Pinggiran Putra, Seri Kembangan, SK 2-12, Bandar Putra Permai, BPP SK 1&13, Bukit Serdang 1, 3 & 4, Taman Bukit Ikhlas, Bukit Serdang, BS 5/16-5/19, Taman Dato’ Demang, Bukit Serdang, BS 5/3-5/15, BS 5/20-5/28 & BS 6/1-6/8, Taman Equine, Bukit Serdang, BS 9 – 13, Taman Jinma, Bukit Serdang, Jalan Bersatu & BS 3/1-3/3, Taman Kembangsari, Institut Pertanian Serdang danTaman Kota Perdana, KP 1-3.

Turut terjejas Jalan Cemara, Bukit Serdang,Taman Lestari Putra, LEP 1-6 Jalan raya 6 & 7, Serdang Jaya, Taman Muhibbah, KTM Serdang, Taman Puncak Jalil 1-9, Lestari Perdana, LP 1-8, Taman Sri Andalas, MARDI, Taman Sri Serdang, Nahrim, Taman Universiti, Jalan Indah 1, 2 & 3, Pasar Borong Selangor, Taman Serdang Utama, Jln BS 9/1 – 9/4 & BS 14/1-14/11, Pekan Seri Kembangan, UPM, Perdagangan Seri Kembangan (PSK),ASTRO, Perindustrian Bukit Serdang, Jln BS 7/10 & BS 8, Taman Saujana Puchong, Perindustrian Bukit Serdang, PBS 14 dan Taman Mutiara Indah Puchong.

Bagi kawasan di Wilayah Hulu Langat ialah Desa Serdang, Heritage Kondominium, Gita Bayu, Jalan Dagang, Blue Water Estate, Petronas Solaris Serdang, Mines Resort, R&R Serdang, Lebuhraya Sg Besi, Mines 1, Wisma Huazong, Mines 2 dan Minlon.

Turut terjejas tiga kawasan di wilayah Sepang iaitu Taman Lestari Permai, Taman Alam Putra dan Taman Prima Tropika.

Pelanggan boleh merujuk aplikasi telefon pintar “Air Selangor” serta laman sesawang www.syabas.com.my untuk senarai kawasan terjejas dan status terkini yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

– BERNAMA

 

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next