Garis panduan pelesenan ubah persepsi terhadap e-sukan | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Norway

Wartawan

Zaim Badrul Hisham

Garis panduan pelesenan ubah persepsi terhadap e-sukan

OLEH ZAIM BADRUL HISHAM

SUBANG JAYA, 5 MAC: Penyediaan garis panduan pelesenan sukan elektronik (e-sukan) mampu mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap industri itu.

EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han berkata, dengan garis panduan dan pemberian lesen, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) boleh mengawal aktiviti peniagaan e-sukan sekali gus mengelak daripada gejala negatif.


Katanya, Kerajaan Negeri bersama pengusaha e-sukan berusaha mengubah persepsi buruk yang sering terkait dengan kafe siber dan pusat perjudian.

“Kita perlu tunjuk dan buktikan kepada ibu bapa bahawa e-sukan satu industri sihat. Bukan satu pusat main judi.

“Saya perlu komitmen pengusaha e-sukan dalam menjayakan perkara ini,” katanya ketika sesi lawatan ke Pusat E-sukan, The Pantheon, Subang Jaya, di sini.

Pada masa sama, beliau berkata, Kerajaan Negeri akan mengadakan bengkel kepada semua PBT bagi membincangkan garis panduan pelesenan perniagaan e-sukan.

Terdahulu, Belanjawan’19 turut memperuntukan RM 400,000 bagi membangunkan e-sukan di Selangor.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next