NASIONAL

Harga RON95 dan diesel kekal, RON97 naik 5 sen

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 1 MAC: Harga runcit produk petroleum bagi tempoh 2 Mac sehingga 8 Mac menyaksikan RON95 dan diesel kekal manakala RON97 naik 5 sen seliter kepada RM2.43 berbanding RM2.38 minggu lalu.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata, pengekalan dua produk petroleum itu menyaksikan harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter bagi diesel

“Selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 Februari 2019, had pengekalan paras harga runcit bagi produk petrol RON95 dikurangkan daripada RM2.20 seliter kepada RM2.08 seliter.

“Pengurangan paras harga runcit bagi produk petrol RON95 ini adalah selaras dengan komitmen Kerajaan Pakatan Harapan (PAKATAN) mengurangkan kos sara hidup rakyat,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan pengiraan di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh seminggu ini sepatutnya RM2.13 seliter dan RM2.38 seliter.


Pengarang :