Hentikan politik perkauman | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Hentikan politik perkauman

OLEH HAISSAZC SHUQKIN HISHAM

Dunia politik hari ini melihat sentimen kaum menjadi modal pemain politik antarabangsa dalam
meraih undi. Bukti dapat dilihat dengan femonena kebangkitan populis dan kumpulan “far-rights”
yang sering memperjuangkan “anti-immigrant”, sentimen kulit putih dan sebagainya yang akhirnya
berjaya dalam pilihanraya di negara terbabit seperti di Austria, Amerika Syarikat, Brazil dan lain-lain. Dalam konteks Malaysia, politik tanah air semakin tidak menentu berikutan kenyataan dan sentimen agama dan perkauman yang semakin kuat asasnya ke arah perpecahan kesepaduan antara kaum.

Sejak PRU-14, sudah lima pilihanraya kecil diadakan yang mana sentimen kaum dalam meraih undi
semakin ketara. Politik perkauman dan berbentuk ancaman bukanlah politik yang mahu diterapkan
dalam era Malaysia Baru. Hampir setiap hari, politik berbentuk ancaman ini meresahkan sebahagian
rakyat Malaysia yang sudahpun menerima pembaharuan dalam politik tanah air.


Dalam era Malaysia Baru, Pakatan Harapan ingin menerapkan politik berasaskan nilai dan
kesungguhan dalam melakukan perubahan untuk manfaat rakyat secara total. Pakatan Harapan
mahu memastikan politik perkauman ini segera dihapuskan demi kesepaduan dan keharmonian
rakyat Malaysia. Namun seperti mana yang berlaku di pentas politik antarabangsa, politik bersifat
sebegini mempunyai platform dan semakin hari semakin meraih tempat dan ini satu perkara yang
merungsingkan.

Keadaan menjadi lebih parah apabila kenyataan berbentuk perkauman dibalas dengan kenyataan
yang juga bersifat hamper serupa. Maka, dimanakah ketenteraman yang ingin dinikmati oleh rakyat
Malaysia berikutan politik yang bising ini? Perubahan yang dilakukan oleh rakyat adalah kerana
mereka ingin melihat satu perubahan ke arah yang lebih baik, di mana pembangkang juga harus
bertindak rasional dan matang dalam melakukan sesuatu perkara yang tidak menggangu-gugat
keharmonian kaum.

Setiap wakil rakyat samada kerajaan mahupun pembangkang harus sedar bahawa rakyat ingin
melihat siapakah yang benar-benar bekerja keras untuk rakyat, bukannya hampir setiap hari
memperjuangkan agenda memecahbelahkan keharmonian kaum melalui kenyataan yang bersifat
rasis ini.

Haissazc adalah Timbalan Presiden Mahasiswa Keadilan Malaysia

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next