BERITA UTAMASELANGOR

Jadikan masjid dan surau medium pembangunan ummah

OLEH ZAIM BADRUL HISHAM

SHAH ALAM, 16 MAC: Jawatankuasa masjid dan surau perlu komited serta fokus mengurus kedua-dua institusi itu bagi mengangkatnya sebagai medium pembangunan ummah.

Dato’ Mentari Besar, Amirudin Shari berkata, bagi tujuan itu, masjid dan surau perlu peka dengan tanggungjawab sosial, menggunakan kemmudahan berteknologi tinggi dan meningkatkan prasarana.

Katanya, masjid dan surau juga mesti berdamping dengan masyarakat, ahli kariah dan menyantuni golongan kurang upaya.

“Seterusnya, masjid surau wajar guna teknologi ‘High-End’ untuk berkomunikasi dengan ahli kariah dan pengurusan.

“Kemudahan dan prasarana masjid perlu dipertingkat, sekali gus menggalas fungsi sebagai pusat komuniti setempat dan pusat riadah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Konvokesyen Melestari Pengurusan Masjid dan Surau Negeri Selangor, di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini.

Pada masa sama, Amirudin berkata, pengawai masjid dan surau perlu bersabar dalam menguruskan perbezaan pandangan dalam kalangan ahli kariah.

Terdahulu, Kerajaan Negeri dalam Belanjawan 2019 meluluskan peruntukan RM1 juta bagi menaik taraf 10 buah masjid.


Pengarang :