PUTRAJAYA, 27 Julai — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berucap pada Majlis Perasmian Persidangan dan Majlis Sambutan Hari Tanah Negara 2018 bertemakan ‘Meneroka Peluang Baharu Pembandaran Negara’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. –fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA
NASIONAL

Kajian menyeluruh isu gaji bela nasib siswazah

KUALA LUMPUR, 31 MAC: Kerajaan akan membuat kajian menyeluruh berhubung isu penerimaan gaji para siswazah yang baru melangkah ke alam pekerjaan dalam usaha membela nasib golongan itu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerajaan mengambil maklum mengenai data gaji rendah yang diterima siswazah baharu seperti dinyatakan dalam Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia (BNM) 2018.

“Kita memang ada bincang tentang mahasiswa dan bagaimana pendapatan mereka pada masa kini berbanding pendapatan yang diperoleh mahasiswa beberapa tahun dahulu.

“Melihat kepada peredaran masa, semua ini mesti kita lakukan kajian menyeluruh dengan mengambil kira semua fakta bagi membuat satu polisi untuk membela golongan muda terutamanya.. apa yang perlu ditangani terlebih dahulu dan apabila kita boleh menolong secara menyeluruh kita akan lakukan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kad Diskaun Xtra20 Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter di sini, hari ini.

Dr Wan Azizah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai langkah kerajaan untuk mengatasi masalah gaji rendah bagi siswazah baharu sejak 2010.

BNM dalam laporan tahunannya baru-baru ini berkata seorang siswazah baharu lepasan diploma berpendapatan RM1,376 pada 2018 berbanding RM1,458 pada 2010 sementara pemegang ijazah sarjana RM2,923 berbanding RM2,707 pada 2010.

Bagaimanapun Sabtu lepas, Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) berkata gaji permulaan untuk siswazah baharu di sektor swasta dalam negara telah meningkat secara beransur-ansur dari 2010 hingga 2018, tidak seperti yang digambarkan oleh BNM.

Data perkumpulan majikan menunjukkan seorang pemegang diploma boleh mendapat pendapatan sebanyak RM1,661 pada 2018 berbanding RM1,458 pada 2010, ijazah sarjana muda RM2,393 (RM1,993) dan ijazah sarjana RM3,267 (RM2,923).

Pengarah Eksekutif MEF Datuk Shamsuddin Bardan berkata data itu berdasarkan Kajian Gaji MEF untuk Bukan Eksekutif dan Eksekutif 2010 dan 2018 dengan data yang dikumpul daripada syarikat anggota yang terlibat dan diterbitkan oleh MEF. -BERNAMA


Pengarang :