BERITA UTAMASELANGOR

Mangsa: Ribut berlaku sekelip mata

OLEH SHEEDA FATHIL

GOMBAK, 29 MAC: Hanya beberapa saat, insiden ribut yang melanda di Batu 11, di sini semalam menjejaskan sebahagian kediaman dan mencederakan penduduk yang menetap di situ.

Dalam kejadian petang semalam, mangsa, Muhamad Fuad Abdullah, 20, memaklumkan dia dan ahli keluarga lain sedang menonton televisyen terkejut apabila kediamannya secara tiba-tiba dihempap pokok.

“Kesemua yang berada di rumah dihempap pokok dan cedera tetapi saya sempat bangun untuk menyelamatkan ahli keluarga serta beberapa mangsa lain.

“Ayah cedera di bahu dan ibu patah kaki. Kejadian berlaku terlalu pantas, sehingga sekarang saya masih terkejut kerana ini adalah insiden pertama sejak tinggal di sini empat tahun lalu,” katanya.

Katanya, ketika kejadian, adiknya yang berusia sembilan tahun terselamat kerana tidak berada si rumah, manakala dia hanya mengalami cedera ringan di kepala.

Fuad berkata, lima ahli keluarganya yang lain yang turut mengalami kecederaan di beberapa bahagian kini sedang menerima rawatan di Hospital Selayang.


Pengarang :