EKONOMINASIONAL

Kontrak hadapan KLCI dijangka didagang rendah minggu depan

KUALA LUMPUR, 2 MAC: Kontrak hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka didagangkan rendah minggu depan, menjejaki prestasi kadar asas pasaran tunai yang diunjurkan lemah.

FBM KLCI dijangka didagangkan rendah ke paras 1,680 mata ekoran penyusutan ringgit, harga minyak yang rendah serta kesan negatif faktor geopolitik.

Bagi minggu yang baharu berakhir, pasaran hadapan FBM KLCI kebanyakannya didagangkan rendah, menjejaki pergerakan pasaran tunai.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, kontrak Mac 2019 menyusut 19 mata kepada 1,698, kontrak bulan baharu April 2019 mencatatkan 1,696.5, Jun 2019 susut 18.5 mata kepada 1,692 manakala September 2019 turun 16.5 mata kepada 1,688.5.

Februari 2019 berakhir dengan 1,710.5 pada Khamis.

Jumlah dagangan melonjak kepada 74,753 lot berbanding 35,371 lot minggu lalu manakala minat terbuka merosot kepada 26,498 kontrak berbanding 32,006 kontrak.

FBM KLCI ditutup 20.66 mata lebih rendah kepada 1,700.76 pada Jumaat berbanding 1,721.42 sebelumnya.

SUMBER: BERNAMA


Pengarang :