SELANGOR

Kualiti udara di Johan Setia tidak sihat

OLEH UMIRAH IZRIN MOHAMAD SAID

SHAH ALAM, 30 MAC: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan Johan Setia menunjukkan tidak sihat mulai awal pagi tadi.

Setakat ini, hanya kawasan di daerah Klang itu merekodkan bacaan tidak sihat dengan indeks 136.

Menurut data di laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), 54 kawasan menunjukan bacaaan sederhana dan 11 lagi baik, di seluruh Malaysia.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.


Pengarang :