Lebih 10,000 sertai Fit Malaysia Selangor | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Hafizan Taib

Lebih 10,000 sertai Fit Malaysia Selangor

OLEH UMIRAH IZRIN MOHAMAD SAID

SHAH ALAM, 24 MAC: Lebih 10,000 peserta menyertai program Fit Malaysia 2019 Selangor anjuran Kementerian Belia dan Sukan, di sini, hari ini.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, program julung kali itu diadakan dan Selangor menjadi lokasi pertama bagi program Fit Malaysia.


“Selangor adalah negeri yang terkenal dalam pembangunan dan ekonomi jadi saya menyambut baik program serta inisiatif yang dilaksanakan Menteri Belia dan Sukan.

“Pada masa sama, program ini menjadikan rakyat Malaysia sihat dan cergas khususnya rakyat Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, di sini, hari ini.

Majlis pelancaran disempurnakan Amirudin bersama Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sambil diiringi EXCO Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Khairuddin Othman serta Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik, Najwan Halimi.

Program itu bermula seawal jam 6.30 pagi disertai setiap lapisan masyarakat terdiri daripada warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) selain belia, keluarga dan kanak-kanak.

Ia selaras dengan slogan ‘Let’s Get Fit’ bertujuan membangkitkan gaya hidup sihat sekali gus menaikkan semangat rakyat Malaysia.

Malah, pihak penganjur turut menampilkan kelainan pada sambutan kali ini melalui tiga aplikasi pintar baharu iaitu ‘FitMy App’, ‘FitMy Facilities’ dan ‘FitMy Programs’.

Terdahulu, Kementerian Belia dan Sukan menyasarkan 8,000 peserta namun sambutan kali ini amat menggalakkan.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next