Lebih 85 peratus pelajar PTRS dapat Gred A | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Norway

Wartawan

Nadiah Zamlus

Lebih 85 peratus pelajar PTRS dapat Gred A

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 20 MAC: Kira-kira 85.6 peratus pelajar yang menyertai Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) berjaya mendapat Gred A, bagi empat mata pelajaran.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, pencapaian dalam empat subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik itu dilihat berdasarkan prestasi purata dalam tempoh lima tahun terkini.


Katanya, sementara jumlah peratusan pelajar yang berjaya mendapat Gred B ialah 101.7 peratus; 97.1 peratus bagi Gred C; 64.1 peratus Gred D dan 36.1 bagi Gred E.

“Pelaksanaan PTRS juga dilihat membantu pelajar lemah dan sederhana layak mendapat sijil pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Selaras dengan itu, Kerajaan Negeri juga sedang menambahbaik PTRS termasuk menambah jumlah mata pelajaran selain menambah baik lokasi kelas tuisyen,” katanya ketika Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri Rawang, Chua Wei Kiat berkenaan prestasi PTRS pada 2008 sehingga kini.

Amirudin berkata, lebih membanggakan apabila 10,000 peserta PTRS dicatatkan pada 2019, sekali gus mencatatkan kenaikan sebanyak 4,000 peserta berbanding 6,000 orang, pada tahun lalu.

Katanya, peningkatan itu berlaku hasil kerjasama Kerajaan Negeri bersama Jabatan Pendidikan Selangor selepas Pilihan Raya Umum PRU-14, yang lalu.

“Kita yakin program ini akan bertambah baik kerana sebelum ini PTRS dikekang daripada masuk ke sekolah-sekolah, namun sekarang keadaan sudah berbeza,” katanya.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next