Lebih 40 maut banjir kilat di Jayapura, Indonesia | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Lebih 40 maut banjir kilat di Jayapura, Indonesia

JAKARTA, 17 MAC: Lebih 40 orang dilaporkan maut dalam kejadian banjir kilat di Sentani, Jayapura, Papua, Indonesia.

Setakat 8.30 pagi waktu Indonesia Barat, sebanyak 42 mangsa disahkan terbunuh dalam kejadian banjir kilat yang berlaku di sembilan kelurahan (perkampungan) di kawasan berkenaan, malam tadi.

“Sebanyak 42 orang meninggal dunia, 21 orang cedera, diperkirakan jumlah mangsa akan terus meningkat kerana usaha mencari dan menyelamat masih dilakukan,” kata Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat , Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho dalam satu kenyataan di sini.


Sutopo berkata banjir itu berlaku akibat hujan lebat di kawasan Gunung Merah, menyebabkan berlaku aliran deras air ke kawasan perkampungan berkenaan.

“Banjir kilat dengan aliran deras air berlumpur dan membawa kayu itu turut menyebabkan rumah penduduk, kenderaan dan jambatan di kawasan berkenaan rosak teruk,” katanya.

Pihak berkuasa tempatan masih melakukan usaha mencari dan menyelamat mangsa yang dipercayai hanyut dalam kejadian itu, manakala jumlah kerosakan harta benda masih dalam proses pendataan. –BERNAMA

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next