SELANGOR

LZS bantu warga emas terselamat dalam kebakaran

OLEH UMIRAH IZRIN

SHAH ALAM, 11 MAC: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menghulurkan bantuan kepada warga emas yang terselamat dalam kebakaran, di Sabak Bernam, semalam.

Melalui kenyataan ringkas di Facebook, LZS menyalurkan bantuan kecemasan berjumlah RM500 kepada Sezali Mat Arshad, 86, sejurus mengetahui kejadian menimpa mangsa.

“Semoga dengan bantuan zakat ini, seluruh ahli keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan dan ujian Allah,” kata LZS.

Pada 8 Mac lalu, dilaporkan sebuah rumah yang didiami Sezali terbakar selepas solat Jumaat, di Parit Satu Barat, Sungai Besar.

Rumah yang didiami hampir 60 tahun itu musnah hampir keseluruhan dan punca kebakaran belum dapat dikenalpasti.


Pengarang :