MB: Pemutihan tahfiz dilaksana sejak 2 tahun lalu | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Hafizan Taib

Norway

Wartawan

Sheeda Fathil

MB: Pemutihan tahfiz dilaksana sejak 2 tahun lalu

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 24 MAC: Kerajaan Negeri sudah melaksanakan pemutihan terhadap pusat tahfiz yang tidak berdaftar sejak dua tahun lalu, kata Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari.

Beliau berkata, mekanisme itu sudah dijalankan namun akan tetap diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan kebajikan pelajar tahfiz sentiasa terbela.


Katanya, sepanjang pelaksanaan pemutihan tahfiz itu memang wujudnya beberapa isu berkenaan keutuhan bangunan, keselamatan dan sebagainya malahan mesyuarat pelarasan sudah dilakukan bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Selangor (PITAS) bagi menyelesaikan masalah itu.

“Kita sudah kenalpasti hampir 300 tahfiz dan cuma tinggal kira-kira kurang dari 30 sahaja yang berdepan risiko kerana tidak berdaftar dan tidak memenuhi kriteria ditetapkan.

“Kita belum mengambil tindakan menutup sebab memberi peluang dulu dalam sebulan dua kepada semua pusat tahfiz ini untuk mendaftarkan institusi mereka sekali gus melengkapkan kriteria sebelum mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian Penangguhan Konvensyen Falak Selangor 2019 di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas berkenaan persoalan Ahli Dewan Negeri Ayer Tawar, Rizam Ismail yang meminta Kerajaan Negeri mengambil tindakan segera bagi mengenal pasti pusat tahfiz tidak berdaftar yang beroperasi secara tidak sah di Selangor.

“Oleh itu, saya boleh katakan bahawa mekanisme pemutihan tahfiz itu sudah dilaksanakan awal lagi sebelum sebarang isu timbul,” katanya.

Pada masa sama, Kerajaan Negeri mengambil perhatian titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mengarahkan semua sekolah swasta tahfiz yang tidak berdaftar dengan JAIS ditutup dan ditamatkan perkhidmatan.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next