SELANGOR

MB Selangor ucap takziah buat keluarga Wong

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 28 MAC: Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Ahli Parlimen Sandakan, Datuk Stephen Wong yang meninggal dunia akibat serangan jantung.

“Takziah diucapkan kepada keluarga mendiang dan rakan seperjuangan dalam DAP,” tulisnya menerusi twitter hari ini.

Terdahulu, Bernama melaporkan seorang anggota sayap Wanita DAP Sabah melalui sistem pesanan ringkas (SMS), memaklumkan Wong, 64, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu selepas dimasukkan ke hospital itu apabila mengadu sakit dada ketika menyertai aktiviti mendaki bukit.

Mendiang memulakan pendakian kira-kira 6.30 pagi tadi bersama sekumpulan pendaki di Tambaig Adventure Park, Kampung Duvanson, Putatan dekat Kota Kinabalu.

Wong, yang juga Pengerusi DAP Negeri, merupakan anggota Parlimen Sandakan selama dua penggal dan menjadi anggota Dewan Undangan Negeri dilantik bagi menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat pada Mei lalu.


Pengarang :