MB: Tidak perlu projek tanam ganja dilaksana | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Hafizan Taib

Norway

Wartawan

Sheeda Fathil

MB: Tidak perlu projek tanam ganja dilaksana

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 21 MAC: Tiada keperluan untuk penanaman ganja dilaksanakan di Selangor buat masa ini, kata Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari.

Beliau berkata, ini kerana ganja masih dikategorikan di bawah akta dadah berbahaya dan membabitkan banyak perkara sensitif sekiranya ia dilaksanakan.


“Buat masa ini, bagi saya tidak relevan untuk Selangor dijadikan sebagai kawasan penanaman ganja kerana ia masih dikategorikan dalam akta dadah berbahaya.

“Kita perlukan kajian dan teruskan kawalan, buat masa ini saya tidak nampak lagi keperluan untuk ia (tanaman ganja) dilaksanakan,” katanya ketika sesi sidang media di Lobi Dewan Annex, di sini, hari ini.

Terdahulu, Ahli Dewan Negeri (ADN) Jeram, Mohd Shaid Rosli mencadangkan Selangor sebagai pengeluar ganja terbesar dunia dengan Kuala Selangor sebagai pusat tanaman.

Shaid berkata, memandangkan Kuala Selangor menjadi kluster agrikultur, kawasannya boleh dijadikan sebagai pusat kajian dan eksport pengeluaran.

“Saya beri contoh, anda boleh dapat RM3,000 seekar setahun untuk minyak kelapa sawit. Ganja boleh dapat RM9 juta setahun, satu ekar dengan tiga kali tuaian boleh dapat RM9 juta setahun.

“Jika Selangor boleh keluarkan (ganja) lebih 100 ekar, kita akan jadi pengeluar ganja terbesar. Ini akan meletakkan Selangor di mata dunia dan kita akan jadi terkenal,” katanya ketika membahaskan ucapan menjunjung kasih titah ucapan Sultan Selangor pada sidang Dewan Negeri Selangor, semalam.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next