SELANGOR

MB ucap Hari Polis kepada PDRM

OLEH UMIRAH IZRIN MOHAMAD SAID

SHAH ALAM, 25 MAC: Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari mengucapkan selamat menyambut Hari Polis yang ke-212 kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), hari ini.

Menerusi posting beliau di laman Twitter, beliau berkata, jasa dan pengorbanan polis dalam mempertahankan kenteraman negara adalah cukup besar.

“Bertemakan ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’ adalah bukti
hubungan erat antara warga PDRM dan rakyat Malaysia,” tulisnya.

Sambutan Hari Polis ke-212 berlangsung di Pulapol Kuala Lumpur, hari ini.

Pada masa sama, upacara perbarisan turut membabitkan perarakan kumpulan detachment yang terdiri daripada 29 pegawai kanan dan 932 anggota daripada pelbagai jabatan PDRM.


Pengarang :