PBTSELANGOR

MBSA tutup jalan sempena Hari Tanpa Kenderaan

OLEH UMIRAH IZRIN

SHAH ALAM, 6 MAC: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menutup jalan selama tiga jam, bermula 6.30 pagi hingga 9.30 pagi, bersempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan, pada 10 Mac ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, jalan terbabit adalah Persiaran Bandaraya (Dataran Kemerdekaan), Persiaran Perbandaran, Persiaran Tasik, Persiaran Masjid, Persiaran Dato’ Menteri dan Persiaran Damai.

“Program yang akan bermula di Dataran Kemerdekaan ini bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga Shah Alam.

“Sehubungan itu, MBSA menyeru orang ramai supaya tidak menggunakan jalan yang dinyatakan pada tempoh terbabit untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan sentiasa mematuhi arahan dari masa ke masa,” katanya dalam kenyataan.

MBSA juga memohon supaya pengguna jalan raya memberikan kerjasama dan menggunakan jalan alternatif untuk ke destinasi yang hendak dituju.


Pengarang :