PBTSELANGOR

MBSA tutup jalan sempena Kejohanan Lumba Basikal Kriterium

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 11 MAC: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menutup beberapa jalan di sekitar Shah Alam bagi melancarkan program Kejohanan Lumba Basikal Kriterium Shah Alam 2019, pada 17 Mac ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, jalan yang ditutup sepenuhnya ialah Persiaran Tasik, pada 16 Mac bermula 8 malam hingga 12 tengah malam.

Manakala, katanya, Persiaran Tasik, Persiaran Dato’ Menteri dan Persiaran Masjid ditutup sepenuhnya, pada 17 Mac bermula 7 pagi hingga 7 petang.

“Semua jalan ini akan dibuka semula secara berperingkat sebaik acara selesai dilaksanakan.

“Oleh itu, kami memohon orang ramai khususnya pengguna jalan raya supaya mematuhi arahan diberikan anggota Penguatkuasa MBSA dan anggota Polis Diraja Malaysia yang mengawal aliran trafik semasa pertandingan dijalankan,” katanya.

Kejohanan kali ke-14 itu akan diadakan di sekitar Taman Tasik Shah Alam bagi menggalakkan aktiviti sukan di bandar raya, sekali gus melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.


Pengarang :