SELANGOR

MBSA tutup sebahagian jalan sempena ‘Fit Malaysia 2019’

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 15 MAC: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menutup sebahagian jalan bagi melancarkan penganjuran program Larian Fit Malaysia 2019 Peringkat Negeri Selangor, pada 23 dan 24 Mac ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, penutupan sementara sebahagian jalan itu untuk tujuan persiapan dan semasa program berlangsung.

“Jalan terlibat adalah Persiaran Bandaraya (Dataran Kemerdekaan), pada 21 Mac hingga 25 Mac (Khamis hingga Isnin) mulai jam 6 petang sehingga 12 tengah malam.

“Manakala, Persiaran Bandaraya (Dataran Kemerdekaan), Persiaran Perbandaran, Persiaran Tasik, Persiaran Damai, Persiaran Kayangan, Persiaran Masjid, Bulatan Setiajasa, Bulatan Bestari dan Bulatan Permai, pada 24 Mac 2019 (Ahad) mulai jam 6.30 sehingga 10 pagi,” katanya dalam kenyataan.

Justeru katanya, orang ramai diminta supaya tidak menggunakan jalan seperti dinyatakan pada tempoh berkenaan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan sentiasa mematuhi arahan dari semasa ke semasa yang diberikan MBSA.

“Kita memohon pengguna jalan raya memberikan kerjasama dan menggunakan jalan alternatif untuk menuju ke destinasi yang hendak ditujui,” katanya.


Pengarang :