ALAM SEKITAR & CUACASELANGOR

Pam air baharu tangani banjir kilat

OLEH UMIRAH IZRIN

SHAH ALAM, 14 MAC: Hujan lebat yang melanda sekitar Lembah Klang menyebabkan beberapa kawasan dan laluan terjejas akibat banjir kilat, pada 11 Mac lalu.

Akif Ruzaini yang mewakili Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik, Najwan Halimi berkata, pam air yang terbaharu itu adalah alternatif dalam menangani isu banjir kilat yang kerap berlaku, di sekitar kawasan Klang.

“Projek ini mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk Titi Jaya Sdn Bhd, Majlis Perbandaran Klang (MPK), Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor (JPS) serta wakil penduduk Taman Mutiara Bukit Raja Dua.

Pada masa sama, Akif berkata, perbincangan pelan jangka panjang bakal dilaksanakan bersama MPK, pada April ini.

Ekoran itu, JPS diminta terus memainkan peranan aktif dalam memberikan memberikan ulasan kepada pembangunan baharu yang bakal dilaksanakan.

Terdahulu, Jabatan Metereologi Malaysia melaporkan melalui laman sesawang rasminya, keadaan cuaca di sekitar Selangor diramalkan mengalami hujan dan ribut petir yang dijangka berlarutan, hingga hari ini.

Antara kawasan yang terbabit ialah Sepang, Klang, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Gombak.


Pengarang :