Selangorkini
BERITA UTAMA SELANGOR

Pengerusi YADIM kunjungi MB, kongsi inisiatif tingkat syiar Islam

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 20 MAC: Pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Nik Omar Nik Abdul Aziz berkesempatan mengunjungi Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari ketika Sidang Dewan Negeri Selangor, hari ini.

Amirudin berkata, pertemuan empat mata itu membolehkannya berbincang inisiatif memantapkan dan menyuburkan syiar Islam di Selangor.

Katanya, Nik Omar turut berkongsi inisiatif YADIM dalam menyebarkan dan mengukuhkan dakwah, di negara ini.

“Beliau turut memaklumkan YADIM akan menggunakan kaedah dakwah cara Rasulullah SAW iaitu dengan memperkenalkan keindahan Islam kepada masyarakat.

“Pada masa sama, beliau turut berkongsi pendapat mengenai pengurusan maahad tahfiz, sekolah agama dan tahfiz integrasi.

“Ia selaras dengan misi Kerajaan Negeri yang komited memperkasakan institusi tahfiz dan pendidikan Islam untuk anak-anak Selangor,” katanya dalam kenyataan.


Pengarang :