Permohonan surat pengesahan nikah rakyat Malaysia di Thailand meningkat | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Permohonan surat pengesahan nikah rakyat Malaysia di Thailand meningkat

HATYAI, 10 MAC: Pejabat Konsul Malaysia di Songkhla, Thailand, merekodkan peningkatan permohonan rakyat Malaysia untuk mendapatkan surat pengesahan pernikahan, di selatan Thailand, sejak 2011.

Konsul Jeneralnya, Mohd Afandi Abu Bakar berkata, sebanyak 4,653 permohonan surat pengesahan pernikahan diterima tahun lalu berbanding 4,375, pada 2017.

Katanya, mengikut statistik, pejabat itu menerima 2,885 permohonan pada 2011, 3,463 (2012), diikuti 3,485 (2013), 3,831 (2014), 4,081 (2015) dan 4,178 (2016).


“Majoriti permohonan membabitkan pasangan yang sudah berkahwin antara dua atau tiga tahun dan ia diajukan mungkin atas beberapa sebab seperti keperluan mendaftarkan anak.

“Kebanyakan permohonan itu juga membabitkan perkahwinan sesama rakyat Malaysia di pejabat agama Islam, di selatan Thailand,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Persatuan Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Malaysia-Thailand (MalTha Riders Association), di sini, hari ini.

Pada masa sama, Mohd Afandi berkata, sebilangan kecil surat pengesahan pernikahan itu turut diterima daripada mereka yang berkahwin selama 20 tahun.

Justeru, beliau menasihati rakyat Malaysia supaya tidak menggunakan ejen dalam urusan pernikahan yang mungkin menjurus kepada masalah dari segi status perkahwinan kelak. -BERNAMA

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next