SELANGOR

Pesta Ke’Chill Rantai Edisi Mac kembali 

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 15 MAC: Penggemar seni khususnya warga Shah Alam dipelawa hadir memeriahkan Pesta Ke’Chill Rantai, di Laman Budaya Shah Alam, pada 23 Mac ini.

Acara bulanan anjuran Selangor Youth Community (SAY Community) dengan kerjasama Pemerbadanan Menteri Besar, Majlis Bandaraya Shah Alam dan Sunway Group itu dijadual bermula jam 12 tengahari hingga 7 petang.

Melalui perkongsian di Facebook, SAY Community memaklumkan, acara itu bakal mempamerkan barisan artis dan penghibur tempatan dalam usaha menonjolkan bakat dan karya mereka kepada khalayak umum.

“Ia juga sebagai medium membawa komuniti yang memiliki bakat kreatif untuk berhimpun di bawah satu bumbung sama,” tulisnya.

Lebih istimewa, edisi Mac penganjuran itu akan turut menyajikan persembahan muzik, puisi, graffiti, bazar kreatif dan kendera saji (food truck).


Pengarang :