SEPANG, 17 Mac — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menaiki kereta hyper elektrik NIO EP9 yang dipandu pelumba negara Jazeman Jaafar semasa hadir pada Perasmian Inaugural Asia GT Festival di Litar Antarabangsa Sepang hari ini. — fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA
NASIONAL

Projek ketiga kereta bagi pelajari tekonologi kejuruteraan automatif

SEPANG, 17 MAC: Langkah kerajaan untuk melancarkan projek kereta nasional ketiga adalah bagi membolehkan rakyat Malaysia mempelajari dan memahami teknologi kejuruteraan automotif.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat, Malaysia “tidak tahu apa-apa” dan kurang pengetahuan berhubung industri kejuruteraan automotif.

Katanya, rakyat Malaysia berpendapat bahawa kereta nasional adalah teruk dan tidak menyokong rancangan kerajaan untuk melancarkan projek ketiga terbabit.

“Orang ramai berpendapat kereta kita adalah teruk. Mereka kata jangan beli kereta Malaysia, sebaliknya beli kereta luar. Anda lihat, mereka (rakyat Malaysia) berpendapat mereka sudah tahu segala-galanya termasuk teknologi yang terlibat di sini. Itulah sebabnya mereka tidak mahu kereta ketiga dan berkata ia membazirkan sahaja wang.

“Mereka tidak tahu apa-apa (mengenai) kejuruteraan automotif. Itu sebabnya kami (kerajaan) merancang untuk memperkenalkan kereta nasional ketiga untuk mempelajari teknologi yang terlibat. Anda lihat bagaimana China maju dalam tempoh yang singkat kerana mereka menerima untuk terlibat dalam perniagaan automotif,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Festival GT Asia di Sirkit Antarabangsa Sepang, hari ini.

Dr Mahathir, yang juga memuji penyertaan 70 Proton Saga generasi pertama, yang mengambil bahagian dalam perlumbaan Festival Kelajuan Piala Saga Malaysia berkata, bunyi enjin kereta berkenaan seperti kereta Formula One semasa berlumba.

Perlumbaan itu bagi memberi penghargaan kepada kereta ilham Dr Mahathir yang dilancarkan pada 1980-an iaitu Proton Saga.

Terdahulu, seorang pemandu perlumbaan dari Malaysia, Jazeman Jaafar membawa Dr Mahathir mengelilingi satu pusingan di trek berkenaan dalam kereta elektrik berkuasa tinggi, NiO EP9, yang juga sebuah kereta elektrik terpantas di dunia.

Ketika ditanya mengenai pengalaman duduk dalam NiO EP9, Dr Mahathir berkata beliau amat teruja dan degup jantung saya terasa naik hingga 140 denyut seminit.

Malaysia menjadi tuan rumah Festival GT Asia (di luar China) dari 15-17 Mac, yang menyaksikan lebih 30 kereta GT dari seluruh dunia berlumba bagi merebut hadiah wang tunai berjumlah RM5.45 juta.
-BERNAMA

 

Kapsyen foto: SEPANG, 17 Mac — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menaiki kereta hyper elektrik NIO EP9 yang dipandu pelumba negara Jazeman Jaafar semasa hadir pada Perasmian Inaugural Asia GT Festival di Litar Antarabangsa Sepang hari ini.


Pengarang :