GLOBALNASIONAL

‘Raja’ K-Pop bersara selepas dituduh bekal pelacur

LONDON, 14 MAC: Bintang K-Pop terkenal kumpulan Big Bang mengumumkan persaraannya sehari selepas didakwa membekalkan pelacur kepada pelabur.

Seungri, nama pentas Lee Seung-hyun, membatalkan semua perjumpaan yang dirancang sejak Februari dan juga semua pertunjukan solo, pada bulan ini.

Bagaimanapun, penyanyi berusia 28 tahun itu menafikan dakwaan mengupah khidmat pelacur untuk tujuan itu, lapor portal BBC.

“Saya membuat keputusan untuk bersara kerana kontroversi itu telah menjadi begitu besar,” coretnya di Instagram peribadi yang diikuti sembilan juta peminat.

Seungri akan meninggalkan Big Bang yang sebelum ini menjual 140 juta rekod sejak penampilan mereka pada 2006.

Kumpulan lima penghibur dari Korea Selatan ini dianggap “raja K-pop”. Lagu popular mereka termasuklah Fantastic Baby, Bang Bang Bang dan Fxxk It.


Pengarang :