Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Hafizan Taib

Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 4 MAC: Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini susulan peningkatan harga minyak mentah global yang menyuntik sentimen lebih positif terhadap unit tempatan terbabit.

Pada jam 9.01 pagi, ringgit meningkat kepada 4.0710/0770 berbanding 4.0720/0770 sewaktu ditutup pada Jumaat lalu.

Seorang peniaga berkata, harga minyak lebih kukuh itu dilihat positif untuk nota tempatan kerana akan meningkatkan lagi hasil minyak dan gas negara.


Niaga hadapan minyak mentah global Brent menokok 0.3 peratus kepada US$65.25 setong manakala kontrak niaga hadapan US West Texas Intermediate (WTI) meningkat 0.5 peratus kepada US$56.05 setong.

“Malah, kalangan penggiat pasaran juga yakin bahawa AS dan China akan menandatangani perjanjian perdagangan pada bulan ini, sekali gus mengakhiri perang dagangan antara kedua-dua negara kuasa besar ekonomi itu.

“Ini berikutan tetidaktentuan akibat perang perdagangan yang menyaksikan reaksi pasaran kewangan yang negatif serta menjejaskan prospek ekonomi global,” katanya, lapor BERNAMA.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain, kecuali euro yang menyaksikannya susut kepada 4.6279/6360 daripada 4.6258/6319 pada Jumaat lalu.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0060/0115 daripada 3.0105/0146, meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.6348/6405 daripada 3.6383/6438 dan meningkat berbanding pound British kepada 5.3880/3963 daripada 5.3921/3000, sebelum ini.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next