NASIONAL

Ringgit dibuka tinggi berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 12 MAC: Ringgit dibuka tinggi berbanding Dolar AS pagi ini berikutan pelabur mengambil peluang daripada penyusutan mata wang Amerika Syarikat itu.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.0780/0820 berbanding Dolar AS daripada 4.0870/0920 pada Isnin.

Dolar AS berada di bawah tekanan susulan kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat Jerome Powell mengenai dasar monetari, bahawa kadar faedah boleh terus ditangguhkan berikutan bank pusat itu menunggu untuk menyaksikan keadaan perkembangan di luar negara.

Ini memberi isyarat bahawa tiada had masa yang jelas kepada penangguhan itu pada masa ini, kata peniaga.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0045/0085 daripada 3.0076/0124 pada Isnin, mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.6594/6639 daripada 3.6740/6799 dan naik berbanding euro kepada 4.5914/5963 daripada 4.5983/6055.

Unit tempatan, bagaimanapun, susut berbanding pound British kepada 5.3915/3984 daripada 5.3029/3110, semalam.

– BERNAMA


Pengarang :