EKONOMINASIONAL

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 13 MAC: Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dengan permintaan lebih baik, kerana pasaran menjangkakan Rizab Persekutuan AS (Fed) mengekalkan kadar faedahnya.

Pada 9.10 pagi, ringgit berada pada 4.0800 / 0850 berbanding 4.0820 / 0860 pada penutup semalam.

Peniaga berkata, data harga pengguna AS menunjukkan inflasi kekal rendah meskipun terdapat pengetatan pasaran buruh yang menaikkan kemungkinan kadar penyimpanan Fed tidak berubah.

“Kadar yang tidak berubah baik untuk mata wang serantau kerana kadar faedah AS yang tinggi akan melemahkan mata wang Asia,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0084 / 0132 daripada 3.0094 / 0128 dan lebih tinggi berbanding pound British kepada 5.3370 / 3440 daripada 5.3899 / 3972 semalam.

Ringgit merosot berbanding yen Jepun kepada 3.6654 / 6709 daripada 3.6646 / 6692 dan menyusut berbanding euro kepada 4.6051 / 6124 daripada 4.6016 / 6066. -BERNAMA


Pengarang :