EKONOMINASIONAL

Ringgit dibuka tinggi pada awal dagangan

KUALA LUMPUR, 26 MAC: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan hari ini ketika prestasi dolar AS dijangka lemah, kata peniaga.

Pada 9.10 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.0640/0680 berbanding 4.0670/0700 ketika ditutup semalam.

Beliau berkata, pertikaian perdagangan antara AS dan China boleh menyebabkan dolar AS menyusut dalam tempoh terdekat.

“Ketika ini, peniaga akan menyemak semula setiap data yang diterima termasuk berkenaan prestasi inflasi,” katanya.

Harga minyak yang lebih kukuh adalah positif untuk ringgit, memandangkan ketika ini niaga hadapan penanda aras minyak mentah Brent meningkat 0.42 peratus kepada US$67.09 setong, manakala minyak mentah US West Texas Intermediate (WTI) menokok 0.87 peratus kepada US$59.33 setong.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kelompok mata wang utama lain.

Ia menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0113/0147 daripada 3.0106/0139 semasa dicatatkan pada Isnin dan merosot berbanding pound Britain kepada 5.3641/3714 daripada 5.3579/3634.

Ringgit, bagaimanapun stabil berbanding Yen Jepun kepada 3.6878/6918 daripada 3.6896/6933 dan bertambah berbanding euro kepada 4.5996/6046 daripada 4.6030/6081.

SUMBER: BERNAMA


Pengarang :