NASIONALRinggit

Ringgit didagang tidak berubah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 7 MAC: Paras ringgit tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa dagangan dibuka pagi ini.

Ia ekoran pedagang memutuskan untuk kekal tidak memasuki pasaran bagi menunggu pemacu makroeknomi dan geopolitik lebih jelas sebelum komited kepada kedudukan baharu.

Pada jam 9.16 pagi, ringgit berada pada paras 4.0870/0900 berbanding dolar AS daripada 4.0870/0910 semasa ditutup semalam.

Bagaimanapun, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding mata wang utama.

Ia menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0111/0138 daripada 3.0098/0139 dan turun berbanding yen Jepun kepada 3.6605/6636 berbanding 3.6530/6579

Mata wang tempatan turun berbanding pound Britain kepada 5.3863/3906 daripada 5.3724/3793 dan menyusut berbanding euro kepada 4.6224/6278 daripada 4.6187/6236. -BERNAMA


Pengarang :