Ringgit rendah berbanding dolar AS | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Ringgit rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, berikutan penolakan perjanjian Brexit oleh penggubal undang-undang Britain.

Pada 6 petang, mata wang tempatan adalah 4.0865/0905 berbanding dolar AS daripada 4.0820/0860 pada penutupan Selasa.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, perkembangan luar selepas Ahli Parlimen British menolak tawaran kedua yang dicadangkan Perdana Menteri, Theresa May, menyebabkan kesan harga rendah dalam pasaran pertukaran mata wang asing.


“Hari ini, Brexit tiada rundingan akan menjalani pengundian. Jika ini ditolak, undi untuk menangguhkan tarikh Brexit akan dikemukakan.

“Oleh itu, minggu ini adalah minggu Brexit dan reaksi pasaran belum dapat ditentukan lagi,” katanya.

Selain itu, keyakinan pengguna yang semakin merosot di Australia pada Mac dan penguncupan 2.9 peratus yang lebih luas daripada jangkaan bagi Core Machine Order Jepun pada Januari juga memberi impak ketara ke atas penyusutan pasaran mata wang.

“Sekarang ini bukan masa untuk mengambil risiko. Dana asing juga penjual bersih semalam, mungkin menjadi penyebab ringgit kembali beralih ke arah penyusutan,” katanya.

Secara keseluruhan, ringgit didagangkan kebanyakannya lebih rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0134/0168 daripada 3.0094/0128 dan yen Jepun kepada 3.6706/6752 daripada 3.6646/6692 dan euro kepada 4.6153/6219 daripada 4.6016/6066.

Bagaimanapun, ringgit mengukuh berbanding pound British kepada 5.3668/3729 daripada 5.3899/3972, sebelum ini. -BERNAMA

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next