NASIONAL

RON95 dan diesel kekal, RON97 naik 8sen

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 15 MAC: Harga runcit produk petroleum bagi tempoh 16 Mac sehingga 22 Mac menyaksikan RON95 dan diesel kekal manakala RON97 naik 8 sen seliter kepada RM2.54 berbanding RM2.46 minggu lalu.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata, pengekalan dua produk petroleum itu menyaksikan harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter bagi diesel.

“Berdasarkan pengiraan di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh seminggu ini sepatutnya RM2.24 seliter dan RM2.37 seliter masing-masing.

“Namun, harga runcit produk petroleum RON95 dan diesel bagi tempoh di atas adalah dikekalkan masing-masing pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter berikutan keputusan Kerajaan untuk menyekat kenaikan harga runcit produk petroleum demi mengurangkan beban kewangan rakyat,” katanya.


Pengarang :