SELANGOR

RT Klang 2035 pacu pembangunan sistematik DUN Sentosa

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 20 MAC: Pelan Induk jangka panjang melalui Rancangan Tempatan (RT) Klang (Penggantian) 2035 disediakan bagi memastikan pembangunan Taman Sentosa, Klang dapat dirancang secara lebih sistematik, kata Ng Sze Han.

EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kampung Baru itu berkata, ia selari dengan dasar Kerajaan Negeri dalam mewujudkan satu kawasan kediaman yang harmoni dan mampan serta menepati ciri-ciri kehidupan berkualiti.

“Amalan pembangunan di Taman Sentosa adalah berdasarkan kaedah ‘piecemeal development’ selaras dengan tanah-tanah majoriti yang dimiliki oleh individu.

“Kaedah ini tidak berdasarkan pelan komprehensif yang menyeluruh dan lebih secara ‘ad hoc development’.

“Hasilnya pembangunan tidak menyediakan kemudahan infrastruktur serta kemudahan asas yang lengkap juga memenuhi keperluan penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri Sentosa, Gunarajah George berhubung rancangan Kerajaan Negeri untuk menyusun dan membangunkan semula DUN Sentosa supaya pembangunan di kawasan terbabit lebih sistematik, di Sidang Dewan Negeri (DNS), di sini, hari ini.


Pengarang :