EKONOMINASIONAL

Saham KL dibuka rendah

KUALA LUMPUR, 28 MAC: Saham di Bursa Malaysia diniagakan rendah dalam dagangan awal, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang lemah.

Pada 9.04 pagi, indeks susut 0.56 mata kepada 1,642.17 daripada 1,642.73 semasa ditutup pada Rabu.

Ia, bagaimanapun, dibuka tinggi 0.17 mata kepada 1,642.9 pagi ini.

Di pasaran lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 103 berbanding 69, manakala 175 kaunter kekal tidak berubah, 1,565 tidak diniagakan dan 86 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 70.35 juta saham bernilai RM29.76 juta.

Dalam nota penyelidikan hari ini, Public Investment Bank Bhd berkata FBM KLCI dijangka dibuka rendah hari ini selepas saham AS pada Rabu meningkat tetapi ditutup rendah berikutan sentimen yang kekal sensitif kepada tanda-tanda pertumbuhan global yang perlahan.

Dow Jones Industrial Average merosot 0.1 peratus kepada 25,625.59, manakala indeks S&P 500 susut 0.5 peratus kepada 2,805.37.

Daripada saham wajaran tinggi, Maybank naik satu sen kepada RM9.27, PChem meningkat enam sen kepada RM9.11 dan CIMB menokok tiga sen kepada RM5.10.

Tenaga berkurangan dua sen kepada RM12.56 dan PBBank merosot 10 sen kepada RM23.30.

Daripada saham aktif, Sapura Energy, Vsolar dan Perdana Petroleum, masing-masing tidak berubah pada 33 sen, 22 sen dan 40.5 sen.

Indeks FBM Emas susut 6.11 mata kepada 11,525.35, Indeks FBMT 100 turun 7.37 mata kepada 11,378.17 dan Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 14.92 mata kepada 11,641.54.

FBM 70 merosot 23.39 mata kepada 14,098.81 dan Indeks FBM Ace susut 1.42 mata kepada 4,817.16.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 7.93 mata kepada 16,946.64, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.34 mata kepada 168.53. Indeks Perladangan susut 22.41 mata kepada 7,195.39. -BERNAMA


Pengarang :