SELANGOR

Selangor anjur konvokesyen perkasa masjid dan surau

OLEH ZAIM BADRUL HISHAM

SHAH ALAM, 16 MAC: Kerajaan Negeri menganjurkan Konvokesyen Melestari Pengurusan Masjid dan Surau Negeri Selangor, bagi memperkasa urus tadbir kedua-dua institusi itu.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, konvokesyen itu menepati hasrat dan aspirasi kerajaan iaitu menjunjung prinsip tadbir urus yang cekap, telus dan berintegriti.

“Konvokesyen ini menepati hasrat kerajaan dan hala tuju kita ke arah membudayakan pengurusan masjid serta surau yang berintegriti, lestari juga efisien.

“Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada sekalian nazir dan pegawai masjid yang dilantik untuk sesi 2019-2021,” katanya.

Beliau berkata demikian, ketika merasmikan konvokesyen itu, di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini.

Pada konvensyen itu, Amirudin turut menyampaikan watikah pelantikan kepada 1,900 penerima bagi masjid seluruh negeri.

Konvensyen itu juga adalah program anjuran bersama Jabatan Agama Islam Selangor dan Majlis agama Islam Selangor.

 

Kapsyen foto: Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari, berkesempatan bergambar bersama hadirin dan anggota kariah ketika merasmikan Konvokesyen Melestari Pengurusan Masjid Negeri Selangor dan Penyampaian Tauliah Pelantikan Anggota Jawatankuasa Kariah Masjid 2019, di Auditorium Dewan Jubli Perak – SELANGORKINI/Fikri Yusof


Pengarang :