Selangor Bebas Aedes di Tempat Kerja dan Kuarters pada April | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Hafizan Taib

Norway

Wartawan

Zareef Muzammil

Selangor Bebas Aedes di Tempat Kerja dan Kuarters pada April

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 21 MAC: Program Selangor Bebas Aedes di Tempat Kerja dan Kuarters bakal dilancarkan Kerajaan Negeri, pada April ini sebagai pendekatan holistik memerangi penularan denggi, di Selangor.

EXCO Kesihatan, Kebajikan dan Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, program berkenaan mengkhususkan kepada semua agensi kerajaan sama ada persekutuan mahupun Kerajaan Negeri termasuk agensi berkaitan kerajaan (GLC) dan anak syarikat.


Katanya, program yang dilaksanakan dengan beberapa siri pendedahan dan latihan itu adalah pemerkasaan anggota kerajaan dalam kewujudan kawasan bebas aedes di tempat kerja serta kuarters kerajaan.

“Aktiviti utama adalah dengan menjalankan alert kes dan wabak demam denggi oleh Pejabat Kesihatan Daerah kepada jabatan yang terlibat untuk tindakan dan pencegahan, selain pemusnahan tempat pembiakan aedes di tempat kerja secara berkala.

“Selain itu, program ini mewujudkan jaringan maklumat berkaitan situasi demam denggi di tempat kerja seperti melalui WhatsApp, Facebook dan lain-lain.

“Kumpulan sukarelawan dengan menggunakan kaedah ‘Corporate Social Responsibility’ (CSR) juga diwujudkan dalam kalangan warga tempat kerja bagi membantu lokaliti wabak dan hotspot, termasuk menjalankan aktiviti penguat kuasaan di tempat kerja dan kuarters,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri Sungai Pelek, Ronnie Liu Tian Khiew berhubung tindakan terbaharu bagi mengurangkan kes denggi daripada terus berlaku, di sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Pada masa sama, Dr Mariah yang juga Ahli Dewan Negeri Seri Serdang berkata, Jabatan Kesihatan Negeri juga melancarkan beberapa siri kempen iaitu Kempen Selangor Gempur Aedes Siri 2/2019 yang sedang dilaksanakan selama enam minggu bermula sejak 25 Februari lalu.

“Ia menumpukan kepada aktiviti memperkukuhkan aktiviti pemusnahan tempat pembiakan aedes secara berfokus di lokaliti sporadik terpilih.

“One Stop Crisis Centre (OSCC) daerah turut diperkukuhkan bagi merancang dan menyelaras aktiviti kawalan denggi bersama agensi lain terutama pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk meningkat serta mengoptimakan semua sumber di daerah,” katanya.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next